Subscribe:

Fan Page Sabahan.FM

Saturday, 12 May 2012

Selamat Hari Ibu 2012

Tarikh sambutan hari ibu 2012 di Malaysia jatuh pada 13 Mei 2012. Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua ibu-ibu di dunia. Untuk pengetahuan anda, sambutan hari ibu disetiap negara adalah berbeza. Kepada anda, jangan lupa buat persiapan atau ucapan sempena hari ibu nanti.



13 Mei 2012
MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

6 Mei 2012
Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

27 Mei 2012
bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2011
 Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2012
 Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2012 
 di Indonesia


Kami Warga Sabahan.FM mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini & pendengar setia Sabahan.FM siuk Bah didangar.. Semoga ibu-ibu panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Thursday, 3 May 2012

Untuk SabahanFM - MTV Karaoke CINTA

 Cover MTV CINTA

 Terima kasih

  MTV Karaoke CINTA

Untuk mendapat MTV Karaoke CINTA klik Dang Mar Ezzah II . Sabahan.FM sentiasa menyokong artis sabah. Lagu Cinta turut diputarkan @ Sabahan.fm siuk bah di dangar.

Thursday, 12 April 2012

Mengimbas Barcode Sabahan.FM Menggunakan Aplikasi QR Barcode Scanner Iphone & Android

www.facebook.com/sabahan.net

www.sabahan.fm

Install aplikasi QR Barcode Scanner untuk memudahkan pendengar Sabahan.FM untuk melayari laman web Sabahan.FM.

Untuk download aplikasi Barcode Scanner. Masuk ker Aplikasi Market Iphone, android & Nokia.

Tuesday, 10 April 2012

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIV, Al-Sultan Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah Binti Hamidun


 Sempena Pertabalan Agong, 11 April 2012 adalah cuti umum bagi rakyat Malaysia. Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.  Pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 – kini) serta Yang Di-pertuan Agong yang ke-5 (1970 – 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).  Program-program khas dari 11 April hingga 21 April tentunya mendapat perhatian rakyat. Walaupun daripada segi amalan dan susunannya tidak banyak berbeza daripada amalan perayaan yang dijalankan pada masa lampau lantaran perlu menjejak turutan tradisi, penegasan Jawatankuasa Induk Pertabalan Yang Di Pertuan Agong tertumpu kepada tema “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.

Sabahan.FM berharap pertabalan ini akan terus meneruskan tradisi keharmonian, kemakmuran dan kemasyuran tanah air dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.  Seri Paduka bukan sahaja lambang kenegaraan, keutuhan dan kesatuan tetapi juga simbolisme yang penuh daulat. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Siaran Langsung : TV1 (Klik disini) 9.00 pagi 11 April 2012


Monday, 9 April 2012

Sokongan Padu Untuk Ebi Kornelis Di Mania Astro


Mania merupakan satu rancangan hiburan bercorak pertandingan nyanyian melibatkan artis – artis terkemuka tanahair masa kini.

Sesuatu yang unik mengenai Mania ialah ianya akan menggandingkan para artis hebat ini dengan ikon – ikon penerbitan muzik yang gah dalam industri muzik. 


Sepanjang 10 minggu pertandingan ini berlangsung, para penonton akan dapat menyaksikan hasil gandingan artis terkenal dengan ikon penerbitan muzik ini di pentas. Siapa yang terhebat di antara artis – artis hebat ini? Anda selaku penonton yang akan menentukannya melalui undian SMS anda.

Sabahan.FM selaku penyokong rasmi untuk Ebi Kornelis ingin meminta bantuan semua untuk mengundi Ebi dengan menghantar Undian SMS seperti yang berikut :


SMS:

Taip MANIA<jarak><EBI> atau 

MANIA<3/5/10><jarak><EBI> untuk (3/5/10 

undian) ke 32888 ;

Contoh : 

MANIA10<jarak><EBI> ke 32888


Untuk 20 undian:


MANIA20<jarak><EBIke 32888.
Kadar premium untuk setiap undian: RM0.50. Kadar telco tertakluk.
Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

Wednesday, 4 April 2012

Sofazr Berentap dalam Versus


Rodie Sofazr anak jati berasal dari Kota Belud Sabah memerlukan sokongan dari seluruh warga Sabahan untuk memberi sokongan kepada Kumpulan Sofazr yang akan bertanding dalam Program realiti Versus di TV9 nanti.


Pada minggu pertama nanti dalam Versus sama-sama kita nantikan apa yang akan dipersembahkan oleh Sofazr. Semestinya ada sesuatu kelainan yang akan ditampilkan oleh mereka pada kemunculan pertama dalam pertandingan tersebut.
.
Program realiti Versus mementaskan lima kumpulan muzik iaitu Hujan, Sofazr, Sixth Sense, Black Parallax dan Go Gerila. Versus akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

Versus mempertandingkan kumpulan-kumpulan muzik.Penekanan program ini pada aspek komposisi lagu, persembahan dan kreativiti mereka dalam menyampaikan lagu sedia ada dengan nafas baru.

Apa yang mahu ditonjolkan adalah susunan muzik dan aspek vokal menjadi perkara kedua. Malah, program ini juga tiada penyingkiran mingguan.

Jennifer Thompson akan menjadi salah seorang juri tetap dalam program itu nanti.
TV9 yakin Versus mampu menjadi program signatur yang berjaya di TV9 kerana ia dihasilkan daripada formula dan format yang tersendiri.

Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional.

Ia membariskan penggiat muzik Jennifer Thompson selaku ketua juri, komposer Loque sebagai juri tetap dan seorang jurijemputan mingguan.

Pada setiap minggu, setiap kumpulan perlu menggubah lagu lama yang diberikan mengikut tema tertentu.

Dalam tempoh seminggu, para peserta perlu membuat persiapan dan mempersembahkan lagu tersebut pada konsert mingguan sebagai medan penilaian.

Tempoh undian akan bermula pada setiap Jumaat pukul 10.30 malam selepas berakhir konsert mingguan sehingga Jumaat minggu berikutnya pada 12 tengah hari.

Versus yang menawarkan hadiah utama bernilai RM200,000 itu akan diacarakan oleh Aidid Marcello dan Hunny Madu.

Kami di Sabahan.FM mengucapkan semoga berjaya kepada Rodie dan Kumpulan Sofazr.. Alap Bana..

Saturday, 31 March 2012

Tempah Sekarang | T-Shirt Sabahan.FM

T-Shirt Sabahan.FM Terbaru. Harga RM30 untuk Sabah dan RM40 untuk Semenanjung termasuk postage..Inbox Si BlackNoty untuk Tempahan... Dapat sekarang (:
Warna Hitam

 Warna Merah


Tempahlah sekarang selagi stok masih ada... Sabahan.FM siuk Bah didangar !!!!!!